Bab 1: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

 

*      Imperialisme

Merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

 

*      Imperialis Barat

  1. Enam kuasa yang terlibat: -

a)      Portugal (mendahului kuasa lain) – Melaka (semasa 1511)

b)      Sepanyol – Filipina

c)      Belanda – Indonesia

d)      Britain – Burm dan Tanah Melayu

e)      Perancis – Laos, Kemboja, dan Vietnam (IndoChina)

f)        Amerika Syarikat

 

  1. Pada awal bertujuan untuk menguasai kepentingan perdagangan rempah sahaja.

 

  1. Hanya Thailand sahaja yang merdeka.

 

*      Faktor-faktor Imperialisme Barat

  1. Kekayaan Bahan Mentah

Kepesatan sektor perindustrian di Eropah membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.

Asia Tenggara – Kekayaan Bahan Mentah

Negara

Sumber Utama

Tanah Melayu & Indonesia

Bijih timah

Thailand

Bijih timah dan kayu jati

Burma

Kayu jati

Filipina

Tebu dan kelapa

China dan India – Pasaran yang luas

 

  1. Sistem Pengankutan dan Perhubungan

a)      Kapal berkuasa wap – membolehkan muatan yang lebih banyak dan mempercepat perjalanan antara Barat & Timur.

b)      Pembukaan Terusan Suez (1869) – memendekkan jarak perjalanan di antara Barat & Timur.

c)      Kedua-duanya dapat menjimatkan kos dan menjadikan perjalanan lebih selamat.

d)      Penciptaan telegraf – Kuasa-Kuasa imperialis dapat memberikan arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli-ahli perniagaan di Barat pula dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur. Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.

 

  1. Persaingan Kuasa-kuasa Barat

Semakin luas tanah jajahan mereka, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut.

 

  1. Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun

a)      British dan Belanda - mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

b)      Perancis – berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun. Bermaksud mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.

c)      Mubaligh Kristian – berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan.

 

*      Perubahan Sistem Politik

 

*      Pengenalah Sistem Birokrasi Barat – untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja.

Ciri-ciri umum:

- Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan.

- Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan.

- Perlaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan).

- Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro.

- Pengenalan undang-undang Barat. 

 

Filipina vs. Sepanyol

Sebelum

1.     Terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai barangay – diperintah oleh golongan datu.

2.     Selatan kepulauan Filipina – kerajaan-kerajaan Islam.

 

Selepas

1.     Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan.

Gabenor Jeneral

(Pemerintah tertinggi peringkat pusat)

Ketua Datuk Bandar

(Pentadibir wilayah)

Gabenor Kecil

(pentadbir Bandar)

2.     Sistem Encomienda (peringkat tempatan)

a)      Penyatuan barangay sistem pemerintahan tradisional & pengaruh golongan datu merosot.

b)      Diperintah oleh encomiendero.

c)      Tugas – menjaga keamanan, mengutip cukai, & mengkristiankan penduduk barangay.

d)      Dibenci oleh penduduk Filipina kerana sistem ini mengenakan cukai yang tinggi & kerahan tenaga kepada mereka.

 

indonesia vs. Belanda

Sebelum

1.     Terdiri daripada beberapa kerajaan berasingan. Contoh kerajaan Mataram & kerajaan Bantam di Jawa.

2.     Diketuai oleh raja & dibantu oleh golongan pembesar.

3.     Diketuai oleh pembesar daerah/bupati (di Jawa) di peringkat tempatan.

 

Selepas

Pentadbiran dibahagikan kepada 2 – Pentadbiran pusat & pentadbiran tempatan.

 

Ciri-ciri

Perubahan

Pentadbiran Pusat

Diketuai oleh Gabenor Jeneral

Pentadbiran Tempatan

Dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda

Penubuhan Jabatan Kerajaan

Antaranya Jabatan Pelajaran &Jabatan Pertanian

Penubuhan Dewan Tempatan

Sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan

Penubuhan Volksraad

Merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan. Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam.

 

Burma vs. British

Sebelum

1.     Sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung.

 

Raja

Hluttaw

(Majlis diraja)

Wun

(pegawai tinggi kerajaan)

Myothugyi

(Ketua diraja)

Ahmudan

(Pegawai diraja)

Athi

(Pembesar-pembesar tradisional)

2.     Raja – penaung kepada sami Buddha.

 

Selepas

1.     Sebab – British menang dalam Perang Inggeris-Burma III.

2.     Dinasti Konbaung berakhir, institusi raja tersingkir & jawatan pembesar tradisional pada peringkat pusat terhapus.

3.     Pesuruhjaya Tinggi British – pemerintah tertinggi.

4.     Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 & Akta Perkampungan Burma 1889 melenyapkan sistem pentadbiran tradisional.

5.     Pentadbiran daerah – diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran)

6.     Sistem undang-undang Barat diperkenalkan.

7.     Pengaruh golongan agama merosot dan fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat.

8.     Beberapa jabatan ditubuhkan. Contoh, jabatan perhutanan.

 

IndoChina vs. Perancis

Sebelum

1.     Kerajaan pusat berkuasa mutlak – memberikan kuasa penuh kepada pembesar tempatan.

2.     Birokrasi – diketuai oleh golongan Mandarin (dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China & dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China.)

 

Selepas

1.     Diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral – bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.

 

Gabenor Jeneral

Leftenan Gabenor (Pemerintah wilayah jajahan / naungan)

Residen Jeneral

Residen Wilayah

 

2.     Sebuah kerajaan pusat ditubuhkan dengan menubuhkan Union Indochinoise (Vietnam, Kemboja, & Laos).

3.     Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis.

4.     Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri tetapi mereka perlu membayar cukai & menyediakan kerahan tenaga.

 

Tanah Melayu vs. Portugis, Belanda, & British

Sebelum

Kesultanan Melayu Melaka – Pengamalan Sistem Pembesar Empat Lipatan – menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu.

 

Selepas

1.     Penaklukan Portugis (Melaka) – institusi raja di Melaka runtuh dan seterusnya terhapus semasa pemerintahan Belanda.

2.     British – Melaka, Pulau Pinang, & Singapura digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat (NNS). Gabenor – pemerintah tertinggi NNS & dibantu oleh residen kaunselor. Pentadbiran (peringkat kampung) – penghulu dikekalkan.

3.     Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) – Perak, Selangor, Pahang & Negeri Sembilan. Sistem Residen diperkenalkan.

4.     Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) – Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis & Johor. Sistem Penasihat diperkenalkan.

5.     Residen & penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS.

6.     Tugas Residen & penasihat – menasihati sulatan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam & adat istiadat Melayu.

7.     Perubahan – sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem pengutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah penubuhan balai polis & lain-lain diperkenalkan. Peranan raja & pembesar Melayu terjejas.

 

Thailand vs. Kuasa Barat

1.     Birokrasi Barat – diperkenalkan oleh Raja Mongkut & Raja Chulalongkorn.

2.     Raja Mongkut – melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan. Penasihat kewangan & pelabuhan serta Polis – bawa dari Britain. Penasihat kastam – Amerika Syarikat. Penasihat ketenteraan – Perancis.

3.     Raja Chulalongkorn – Majlis Penasihat Rendah & Majlis Mesyuarat Tertinggi (badan penasihat raja dalam pentadbiran negara). Kabinet Menteri (terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian).

4.     Juruaudit (Britain) – berkhidmat dalam perbendaharaan negara.

5.     Golongan baru – pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan.

6.     1932 – sistem raja berperlembagaan (Barat) mengganti sistem raja berkuasa mutlak. Kesan – mengurangkan pengaruh pembesar tradisional & institusi raja. Kemerdekaan Thailand dikekalkan.

 

*      Nasionalisme

Perasaan cinta akan bangsa & negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

 

*      Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Pengaruh Agama

1.     Berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan & pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian.

2.     Gerakan Islah (Indonesia & Tanah Melayu) – memperjuangkan Pan-Islamisme (penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat).

3.     Kristian – menyatukan penduduk peribumi untuk menentang kuasa Sepanyol. Kerana – penganut Kristian tempatan dianggap kelas dua.

 

Dasar Penjajahan Barat

1.     Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional. Sebab – sistem birokrasi Barat tidak memberikan peluang kepada mereka.

2.     Dasar ekonomi - Contohnya, Sistem Tanaman Paksa (Indonesia) & Sistem Polo (Filipina) – menindas penduduk peribumi.

3.     Jurang sosial – dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas yang tersendiri.

4.     Kemasukan imigran – Kesan – rakyat tempatan tidak puas hati – Sebab – penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi.

 

Karya Kesusasteraan

1.     Media menyampai mesej kesengsaraan & kekecewaan terhadap penindasan penjajah & akhirnya membangkitkan kesedaran bangsa & kecintaan terhadap tanah air.

2.     Filipina – novel Noli Me Tangere (Jose Rizal).

3.     Indonesia – cerpen Kerikil-kerikil Tajam & Ke Makam Bonda (Chairil Anuar).

4.     Tanah Melayu – Putera Gunung Tahan (Pak Sako).

 

Sistem Pendidikan

1.     Menyediakan kemudahan pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.

2.     Memberikan pendidikan pada peringkat rendah & terhad kepada golongan elit & penduduk bandar.

3.     Indonesia - anak golongan priyayi – berpendidikan tersendiri & diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Tujuan – memecahkan perpaduan rakyat tempatan.

4.     Burma – pendidikan sekular & pendidikan mubaligh – ancaman terhadap sekolah Buddha.

5.     Tanah Melayu – lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.

 

Kemunculan Golongan Intelektual

1.     Mereka didedahkan dengan idea falsafah Barat & Islam semasa melanjutkan pelajaran di Barat & di Asia Barat.

2.     PengalamanPenyedaranpenjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti negara mereka sendiri.

3.     Kesan – memimpin gerakan nasionalisme di tanah air.

4.     Peringkat awal – menuntut taraf hidup bangsa dibela.

5.     Peringkat akhir – merdeka.

 

Pengaruh Media Massa

1.     Berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis & menanam perasaan antipenjajah.

2.     Vietnam – Tribune Indigene & Cloche Felee.

3.     Tanah Melayu – al-ikhwan, Saudara, Warta Malaya & Majlis.

4.     Kesan – ancaman terhadap kepentingan politik pihak penjajah di tanah jajahan & sikap mereka ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan di negara sendiri.

 

Sistem Pengangkutan & Perhubungan

1.     Telefon & telegraf – memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.

2.     Jalan kereta api & jalan raya – menghubungkan kawasan-kawasan yang  sebelumnya terpisah.

3.     Kesan – memudahkan rakyat & para pemimpin bertemu & membincangkan idea-idea nasionalisme.

 

Pengaruh Luar

1.     1895 – Jepun vs. China & Rusia(1905). Akhirnya – Jepun win, China & Rusia k.o.

2.     Kesan – membuka mata para nasionalis Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah negara kecil mengalahkan negara besar.

3.     Mahatma Ghandhi (India vs. British) – inspirasi kepada nasionalis Asia Tenggara.

 

*      Perkembangan Nasionalisme

 

*      Tahap Pertama

  1. Penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat & tidak berorganisasi.
  2. Faktor – Isu-isu kebudayaan, agama, & hak peribumi.
  3. Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat & Asia Barat.
  4. Menekankan kesedaran politik.
  5. Menuntut hak-hak mereka dikembalikan & taraf hidup mereka dibaiki.
  6. Tidak meminta kemerdekaan.

 

*      Tahap Kedua

  1. Gerakan nasionalisme yang lebih radikal & berorganisasi.
  2. Sebab – Gagal dalam sifatnya yang serdehana dalam tahap pertama.
  3. Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan & ilmu pengetahuan Barat supaya menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta kesannya terhadap bangsa & negara.
  4. Matlamat – menuntut kemerdekaan & membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

 

Filipina

Tahap Pertama

1.     Gerakan dakyah – Jose Rizal – pengaruh kuat & disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat. Tuntutan – Filipina dijadikan wilayah Sepanyol, bangsa Filipina diberikan hak yang sama & bangsa Filipina diberkan kebebasan bersuara.

2.     Liga Filipina (1892) – ditubuhkan apabila kurang mendapat tindak balas Sepanyol. Tujuan – mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi & sosial.

3.     Kesan – Sepanyol berasa terancamJose Rizal ditangkap & dibuang negeri ke Dapitan di Mindanaodihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakanberakhir gerakan ini & mencetuskan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.

 

Tahap Kedua

1.     Katipun – ditubuhkan oleh Andres Bonifacio. Bertindak radikal. Matlamat – menyatukan bangsa Filipina & mencapai kemerdekaan melalui revolusi. Media cetak – untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat. Kalayan – akhbar rasmi. 1896 – melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagalsemakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati (1897) oleh Emilio Aguinaldao.

2.     Aguinaldo berkerjasama dengan USA. 1898 - berjaya mengusir Sepanyolmemulakan penguasaan USA terhadap Filipina→ 1899, pengisytiharan kemerdekaan oleh Aguinaldo tidak disahkanrevolusi diteruskan sehingga 1901, Aguinaldo ditangkap.

3.     1907 – Parti Nasional win pilihan raya. Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan perhimpunan.

4.     1930-an – nasionalis kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan USA bertukar kepada lebih liberal.

 

Indonesia

Tahap Pertama

1.     Tumpu dalam isu-isu pendidikan. Dianggap dapat mengubah nasib rakyat.

2.     Raden Adjeng Kartini – memajukan pendidikan kaum wanita. Karya – Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa, mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia & penindasan penjajah Belanda. Kesan – Inspirasi pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun.

3.     Muhammadiyah – Matlamat – menyebarkan Islam yang sebenar & menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Membina banyak sekolah, klinik & masjid.

 

Tahap Kedua

1.     Sarekat Islam (SI), Parti Kominis Indonesia (PKI) & Parti Nasional Indonesia (PNI). Menuntut kemerdekaan dengan kekerasan.

2.     Soekarno – pemimpin PNI & (1949) Presiden Indonesia yang pertama – mempengaruhi rakyat. Kesan – Belanda terdesak menangka pemimpin yang radikal termasuk Soekarno & mengharamkan PNI.

 

Indonesia

Tahap Pertama

1.     Tertumpu di Vietnam serta dipelopori oleh golongan bangsawan & pegawai golongan Mandarin – memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.

2.     Golongan menengah berpendidikan Barat – memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat. Phan Boi Chau – memimpin gerakan revolusi tetapi gerakan tersebut gagalViet Nam Quang Phu Hoi (VNPQH) ditubuhkanmelancarkan gerakan dakyahdipenjarakan & VNQPH diharamkan.

 

Tahap Kedua

Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) & Parti Komunis Vietnam (PKV)pemimpin-pemimpin VNQDD ditangkap & Nguyen Thai Hoc dihukum bunuhHo Chi Minh (PKV) melarikan diri ke Hong Kongnasionalisme kembali bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai & usaha-usaha pembaharuan baginda disekat & dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.

 

Burma

Tahap Pertama

Golongan sami Buddha – Persatuan Belia Buddha (1906). Tujuan – mengekalkan tradisi Buddha & memajukan pendidikan di kalangan rakyat. Isu Kasut – untuk membangkitkan semangat nasionalisme. 1916 – dipimpin oleh U Ba Pe yang radikal. Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma (1920) ditubuhkan.

 

Tahap Kedua

1.     Sebab – Laporan Montagu-Chelsford menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.

2.     1920 – Revolusi Pelajar – menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.

3.     Golongan sami Buddha – Mjlis Am Sangha Sametggi – mencetuskan Pemberontakan Saya San – diketuai oleh Saya San, bekas pongyi & pemimpin Tharawaddy

4.     Liga Antipemisahan – menganggap pemisahan  dengan India akan melewatkan kemerdekaan.

5.     Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 – peluang ke arah menubuhkan kerajaan sendiri.

6.     Golongan Thakin (siswazah universiti) – Parti Dobama Asiayone (1935) – menuntut kemerdekaan. Pemimpin – (bergelar sebagai “Tuan”) Aung San, Kyaw Nein & U Nu.

7.     Dr. Ba Maw – 1937 – memenangi pilihan raya & dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama.

 

Thailand

Berbeza dengan negara lain.

 

Tahap Pertama

1.     kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja & penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.

2.     Perkembangan sistem pendidikan Barat – pendedahan terhdapa fahaman liberal, sistem demokrasi & sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek.

3.     Raja Vajiravudh – bersikap boros & kelemahan sistem pentadbiran – rakyat tidak puas hatipenubuhan Parti Rakyat (1932) oleh Nai Pridi Panomyong & Field Marshall Phibul Songrammelancarkan revolusi Thai (1932) menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

 

Tahap Kedua

1.     Tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat & orang Cina.

2.     Phibul Songram – Perdana Menteri – meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan & penguasaan ekonomi orang Cina & sekolah Cina & akhbar Cina dibubarkan. Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Jawatan tertinggi kerajaan – kepada penganut agama Buddha. 1939 – menukar nama negara Siam kepada Thailand (bermaksud Tanah Bebas). Berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua – mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina & di Tanah Melayu.

bullet

 For printable version, click here.

Home   About us    Homework    News    Notes